Damai pantai melawi dengan pandangan dan pantai yang masih bersih. Pantai Melawi walau tidak sehebat Pantai Cahaya Bulan, masih boleh dibanggakan. Pantai ini tidak membahayakan kepada pengunjung kerana pantainya masih landai. Pantai ini sesuai dikunjung keluarga yang menggemari mandi di pantai. tidak ramai yang tahu pantai ini antara pantai yang menarik untuk dikunjungi.
Tidak ada kesibukan kerana kawasan ini terpencil. Kawasan ini masih lagi dalam kawasan kampung. Jalan memasuki ke Pantai Melawi melalui kawasan kampung.Saya amat mencadangkan kepada penggemar pantai supaya mencuba Pantai Melawi sebagai destinasi baru.
Banyak juga chelet yang tumbuh disini. terdapat juga chelet yang menarik untuk dikunjungi. Tinggal beberapa malam disini memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Kawasan ini perlu dimajukan lagi sebagai destinasi pilihan kepada pengunjung pantai yang sukakan kedamaian. agen perlancungan boleh mencadangkan pelancung yang ingin datang ke Kelantan singgah di Pantai Melawi
Untuk singgah di Pantai Melawi ini saya mencadangkan singgah di Redzuan Beach Resort. Tempatnya yang menarik dan selesa dikunjungi. Tempat ini walau masih tidak dikenali ramai peminat pantai tapi mampu mendapat kunjungan yang tidak kurang di kalangan pengunjung tempatan.

Untuk tempahan boleh menghubungi talian 012-9392423 Che Sue

This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, blh sy thu brape harga utk sebilik dan semalam bg resort ini.
ReplyDeletealmahdha ni sape ye????????
ReplyDelete